Thursday, July 25, 2013

nikah 1

pernikahan satu kata atau satu perkataan yang seringkali diidamkan oleh setiap insan.pasti setiap kali mereka membayangkan saat dan detik perkahwinan itu berlangsung,pasti ada yang tersengih sampai ke teliga.terutama mereka yang sudah bertunang.pasti tidak sabar untuk menunggu hari tersebut. islam juga menggalakkan perkahwinan, dimana perkahwinan itu dapat menyambungkan zuriat serta memperbanyakkan umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلام.tapi sebelum sesuatu perkahwinan atau pernikahan itu berlangsung, adalah menjadi kelaziman kepada kita untuk menelusuri rukun-rukun serta syariat agama agar pernikahan itu sah dan diberkati ALLAH. 

Mengapakah ALLAH mewujudkan perkahwinan?? Allah s.w.t telah menciptakan pasangan kita dari jenis kita sendiri juga dan bukanlah dari jenis yang lain untuk kita tinggal bersama, agar kita merasa tenang bersamanya seperti mana di dalam surah Ar-rum ayat 21 yang berbunyi :

Maksudnya: Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. 

Selain itu, perkahwinan itu juga dapat mengelakkan seseorang dari terus duduk dibawah kelompong dan terjerumus ke dalam lembah maksiat. ALLAH s.w.t juga telah menyatakan di dalam AL-KITAB yang berfirman yang bermaksud sebagaimana berikut: “Janganlah kalian mendekati zina, karena zina itu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk” dan juga sepertimana yang diriwayatkan di dalam Hadith Riwayat (HR) Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibnu Mas’ud : “Wahai generasi muda! Bila diantaramu sudah mampu menikah hendaklah ia nikah, karena mata akan lebih terjaga, kemaluan akan lebih terpelihara” 

Pernikahan juga membina hubungan kekeluargaan di dalam kelompok manusia dan juga memelihara nasab serta keturunan. dengan perkahwinan inilah kita dapat memelihara maruah dan nama baik kita. perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang sia-ia atau merugikan kerana ia telah disyariatkan oleh agama Islam itu sendiri seperti yang telah dinyatakan di dalam AL-FURQAN yang bererti :" Maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja(surah an-nisa:3) perkahwian merupakan sunnah Nabi junjungan kita.pasti ramai yang nak ikut sunnah Nabi.

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلام juga telah bersabda: " wahai sekali manusia (lelaki), sekiranya kamu mampu untuk menikahi seseoreang wanita, maka kahwinlah.". 

Apabila mak ayah kita ,bagi yang anak dara ni dah setuju dengan lamaran si teruna, maka bermulalah hari yang paling sibuk bagi kita.mana taknya, banyak perkara yang hendak di list kan. dengan senarai jemputannya, menu makannya,berapa dulang hantarannya,maharnya dan lain-lain lagi lah.kalau boleh, hendak jadi kenangan yang paling indah dan manis seumur hayatlah katakan. tapi dalam memuat segala persiapan, jangan lah melampaui batas. terutama sekarang ni, apabila dilihat kembali,semakin tinggi anak dara itu belajar,semakin mahal mahar dan hantarannya.

Persepsi itu perlu dibaiki di mana pada zaman Rasulullah, baginda tidak pernah meletakkan nilaian setinggi gunung. para sahabat tidak pernah meletakka wanita itu pada suatu nilaian. Sepertimana yang dilakukan oleh Abu Thalhah. beliau menikahi Ummu Sulaim dengan berbekalkan mahar berupa keismanannya.(Ditakhrij dari An Nasa’i) dan sesungguhnya berkah nikah yang besar ialah yang sederhana belanjanya (maharnya)” (HR. Ahmad) cukup setakat hari ini dan bersederhanalah dalam setiap perkara. Bagi yang bakalbernikah semoga terus berada di dalamlindungan dan payung rahmat Illahi..واالله أعلم