Thursday, June 28, 2012

bertunang..perlu atau tidak?

kahwin..bila bicara tentang kahwin ramai yang teruja..mungkin lebih nak kata dalam bahasa JOHOR nya excited..ada orang yang memikirkan perkahwinan itu satu jalan untuk menghalalkan suatu hubungan atau satu ikatan diantara seorang lelaki dan juga seorang perempuan..ya, memang tidak saya nafikan pendefinisian itu..sebenarnya perkahwinan ini bukan sahaja akad yang bertulis yang disaksikan oleh dua orang wali lelaki atau seorang wali lelaki berserta dua orang wali wanita yang adil..tetapi ianya adalah suatu ibadah..dimana akad yang menghalalkan hubungan itu dapat diterajui dan dsemai mengikut syariat dan batasan ISLAM sekaligus dapat mendekatkan mereka kepada ALLAH.. 

selain itu,pertunangan bukanlah satu akad tetapi merupakan kata-kata janji atau permintaan kepada seorang wanita untuk mengahwininya. sebelum mereka memasuki alam perkahwinan ini,kebiasaannya remaja atau orang zaman hadir ini lebih selesa sekiranya mereka sendiri yang memilih dan mencari teman sehidup dan semati..katanya nak kenal serta nak mendalami hidup pasangan masing-masing..begitu juga dalam ISLAM..perkara ini tidak dihalang..

oleh itu ISLAM menyarankan kita untuk BERTUNANG..disaat pertunangan ini lah kita mengenali pasangan kita.dan perlu juga kita ingat bahawa PERTUNANGAN BUKANLAH JALAN ATAU KEADAAN YANG HALAL BAGI DUA PIHAK..

Pertunangan juga merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dimana BAGINDA juga menunangi Saidatina Hafsah..ketika mana Saidina umar menawarkan anaknya yang janda, Hafsah kepada sahabatnya,Saidina Abu bakar dan Saidina Uthman..tetapi mereka berdiam tanpa sebarang kata jawapan..lalu Saidina Umar r.a bersedih dan khabar ini didengari oleh Rasulallah s.a.w lalu BAGINDA berkata: 'sesungguhnya orang yang lebih baik dari Abu Bakar dan Uthman yang akan mengahwini Hafsah" iaitu BAGINDA sendiri.. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: sekiranya kamu menunangi seorang wanita dan kamu melihat pertunagan itu membawa kepada pernikahan,maka laksanakanlah" r(iwayat sunan abu daud). 

para ulama juga melihat bahawa pertunangan disyariatkan(مشروعة) bagi mereka yang ingin berkahwin seperti mana firman ALLAH s.w.t : (ولا جناح عليكم فيما عرضتم به من خطبة النساء) {al-baqarah:235} para ulama juga berbahas tentang masalah pertunangan ini..

Adakah KHITBAH atau TUNANG atau juga PERJANJIAN UNTUK BERKAHWIN ini perlu ditunaikan atau tidak?

IBN HAJAR dan sebahagian ulama MALIKI berpendapat bahawa perjanjian yang dibina bersebab dan sebab itu WAJIB dipenuhi dan ditunaikan.. manakala para jumhur pula berpendapat bahawa janji ini TIDAK WAJIB DITUNAIKAN kerana kelaziman atau kepatutan untuk melaksakannya tidak ada..hal ini kerana pertunangan atau khitbah bukanlah suatu akad tetapi merupakan janji..dan inilah yang paling rajih..wallahua'lam..

2 comments:

Zzzz said...

artikel yang bagus dan gaya penulisan yang semakin matang.. keep it up

smartradz said...

Tahniah......idea yg bernas.