Talaq atau cerai adalah bermaksud melepaskan ikatan pernikahan.asal talaq itu sepertimana yang dikatakan oleh ar-raqhib al-asfahani, talaq itu adalah melepaskan kepercayaan(daripada suatu ikatan). ini bermaksud, talaq atau cerai adalah melepaskan diri daripada ikatan pernikahan yang menghalalkan hubungan di antara seorang perempuan dan lelaki. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-baqarah ayat 229 yang berbunyi :
الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ ۗ وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ ۗ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya: "Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
Allah s.w.t juga berfirman : يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ ۖ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا
Maksudnya :"Hai Nabi, apabila kamu menceraikan isteri-isterimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang. Itulah hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru."
Berdasarkan firman Allah s.w.t di atas, adalah jelas bahawa Islam memberikan jalan kepada pasangan yang mempunyai permasalahan yang tidak dapat diselesaikan. Talaq yang dapat dirujuk adalah sebanyak dua kali dan pada setiap talaq yang dilafazkan (yang boleh diruju') itu .
Allah s.w.t mengurniakan iddah bagi mereka menimbang kembali keserasian dan kesesuaian hidup bersama mahupun tidak. Selari juga dengan hadis yang diriwayatkan oleh abu daud, an-nasaie',ibn majah : "daripada umar bin al-khattab sesungguhnya Nabi s.a.w menceraikan Hafsah r.a dan ruju' kembali dengannya"
Di dalam sebuah hadis juga menyatakan bahawa perceraian ini adalah suatu prkara yang boleh meskipun dibenci Allah s.w.t
hukum talaq
1) Wajib
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami
2)Haram
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih
3)Sunat
a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya
4)Makruh
Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama
5)Harus
Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya
Siapa yang sah menjatuhkan talaq
Orang yang berhak menjatuhkan talaq adalah orang yang mempunyai keahlian atau kekuasaan.Ini bermaksud, orang itu hendaklah seorang suami yang mempunyai ikatan pernikahan dengan perempuan tersebut/isterinya (bukan lelaki asing) dan juga seorang yang mukallaf = berakal, baligh. Oleh itu, talaq sorang kanak-kanak atau orang gila itu adalah tidak diterima. Sebagaiman hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : "diangkat qalam (dosa) dari tiga golongan : kanak-kanak hingga dia bermimpi (baligh), orang yang tidur sehingga dia terjaga dan orang gila sehingga dia sedar (pulih dari kegilaanyya)."
Wanita yang dibolehkan untuk diceraikan
wanita yang boleh diceraikan hendaklah : i) wanita yang masih di dalam ikatan pernikahan (isterinya) ii)bukan isteri yang dalam tempoh iddah (ulama berselisih pendapat) =ada sebahagian di antara mereka jatuh jatuh dalam keadaan ini dan ada sebahagian mengatakan tidak jatuh seperti ibn Qayyim. Sekiranya seorang lelaki itu menceraikan seorang perempuan yangukan isterinya, maka tidak jatuh talaq tersebut melainkan lelaki itu adalah wakil suaminya.
